PERNYATAAN PERMULAAN ARAK
وَمِن ثَمَرَٲتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلۡأَعۡنَـٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنۡهُ سَڪَرً۬ا وَرِزۡقًا حَسَنًا
Maksudnya: "Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik."
(Surah an-Nahl 16:67)
Ayat ini diturunkan di Mekah. Dilaporkan umat Islam pada era permulaan Islam meminum arak dan pada ketika itu arak adalah halal kepada mereka.


MAKSUD ARAK
Dari segi bahasa :
diambil daripada perkataan Al-HAMRU yang bererti menutupi.
Dari segi istilah :
setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain.
ASAL USUL KEJADIAN ARAK
Daripada beberapa sumber dan pertanyaan daripada ustaz.
Kejadian arak berlaku apabila manusia melihat perbuatan seekor burung yang menebuk buah anggur dan meningalkan buah tersebut begitu sahaja. Selepas beberapa hari kemudian, burung itu datang kembali untuk meminum air daripada buah yang ditebuk tersebut lalu burung itu kelihatan seakan mabuk.



No comments:
Post a Comment