Pages

DUA 2012 NAMA PENSYARAH : PN.MAZLINA BINTI OMAR

Saturday 26 March 2016



PERNYATAAN PERMULAAN ARAK

وَمِن ثَمَرَٲتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلۡأَعۡنَـٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنۡهُ سَڪَرً۬ا وَرِزۡقًا حَسَنًا‌
Maksudnya: "Dan dari buah kurma dan anggurkamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik."

(Surah an-Nahl 16:67)

Ayat ini diturunkan di Mekah. Dilaporkan umat Islam pada era permulaan Islam meminum arak dan pada ketika itu arak adalah halal kepada mereka.














MAKSUD ARAK


Dari segi bahasa :

diambil daripada perkataan Al-HAMRU yang bererti menutupi.


Dari segi istilah :

setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain.





ASAL USUL KEJADIAN ARAK



Daripada beberapa sumber dan pertanyaan daripada ustaz.

Kejadian arak berlaku apabila manusia melihat perbuatan seekor burung yang menebuk buah anggur dan meningalkan buah tersebut begitu sahajaSelepas beberapa hari kemudian, burung itu datang kembali untuk meminum air daripada buah yang ditebuk tersebut lalu burung itu kelihatan seakan mabuk.



PERINGKAT-PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK



PERINGKAT PERTAMA
(Penjelasan baik dan buruk arak)

Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg baik akhlaknya,apabila dia mabuk dia akan melakukan perkara-perkara diluar kewarasan manusia seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras .

Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya.

يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ‌ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٌ۬ ڪَبِيرٌ۬وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَڪۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَا
Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya'."
(Surah al-Baqarah 2:219)

PERINGKAT KEDUA 
(Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْمَا تَقُولُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang berimanjanganlah kamu shalatsedang kamu dalam keadaan mabuksehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."
(Surah an-Nisaa' 4:43)


PERINGKAT KETIGA
(pengharaman secara mutlak)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."
(Surah al-Maidah 5:90-91)

10 GOLONGAN DILAKNAT ALLAH


1) Pembuatnya
2) pengedarnya
3) peminumnya
4) pembawanya
5) pengirimnya
6) penuangnya
7) penjualnya
8) pemakan wang hasilnya
9) pembayarnya
10) dan juga pemesannya.                                                      (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi)


KEBURUKAN ARAK 


     Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
     Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
     Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.


BERDASARKAN KAJIAN

            Sepertimana kenyataan Profesor Dr. Yusof Qardhawi
            kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.




BALASAN MINUM ARAK

            Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang MahsyarPeluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka JahanamDi dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanyaKemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan merekaDi kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَرِبَالْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا ثُمَّ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا حُرِمَهَا فِي الْآخِرَةِ
Sabda Rasulullah SAW ;Sesiapa yang minum arak di dunia,dan dia tidak sempat bertaubat, ia diharamkan meminumnya di akhirat
 Hadis Sahih Riwayat Bukhari ,Muslim,an-Nasaie,Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Baihaqi.


شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ
Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ? Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga?Hadis Sahih Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi