Pages

DUA 2012 NAMA PENSYARAH : PN.MAZLINA BINTI OMAR

Saturday 26 March 2016

Buah Kurma



SEJARAH BUAH KURMA


Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun.Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarahmungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM (Alvarez-Mon 2006).

Pada zaman berikutnya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan dan Tenggara, Afrika Utara, dan Sepanyol. Kurma diperkenalkan di Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada tahun 1765, sewaktu Misi San Ignacio.





Surah Maryam : Ayat 25
‘Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak.’  

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 



KAJIAN SAINS

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.





KAJIAN DARIPADA TOKOH-TOKOH PERUBATAN


Para peneliti membuat postulat hanya dengan makan satu jenis ekstra kalium (minimal 400 mg/hari) dapat menurunkan resiko terkena stroke sampai 40%. Itu artinya sama dengan makan tamr sekitar 65 gram saja atau setara dengan lima butir kurma. [Dr. Louis Tobian,Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University,AS.]

Buah kurma dapat mencegah stroke, karena mengandung unsur kalium yang tinggi yang dibutuhkan untuk mengatur denyut nadi jantung, mengaktifkan kontraksi otot dan membantu mengatur tekanan darah. [Makalah kesehatan dari Pusat Kesehatan Universitas Utara Malaysia, www.medic.uum.ed]





No comments:

Post a Comment