Pages

DUA 2012 NAMA PENSYARAH : PN.MAZLINA BINTI OMAR

Saturday 26 March 2016

PENGUNAAN ARAK DALAM UBAT-UBATAN  

Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)

   















PANDANGAN PARA ULAMA




Jika ditinjau dari sudut kejiwaan, Ibnu al-Qayyim mengatakan, bahawa

Sesungguhpun demikian, jika sampai berlaku keadaan darurat, maka dalam pandangan Islam, darurat itu mempunyai hukum tersendiri. Sehubungan dengan ini, al-Qardhawi mengatakan seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu boleh dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat membahayakan kehidupan manusia, sedangkan dalam masa yang sama dia tidak memperolehi ubat lain kecuali ubat tersebut, serta telah memperolehi pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan bersifat ghairah(cemburu) terhadap agamanya, maka dalam keadaan demikian, dalam kaedah agama yang sentiasa memberi kemudahan, maka berubat dengan arak itu tidaklah dilarang, dengan syarat benar-benar hanya diperlukan untuk ubat, tidak lebih dari itu, sesuai dengan firman Allah Taala yang berbunyi:



فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


"Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah Al-An’am:145)


PENGUNAAN ARAK DALAM MINYAK WANGI

Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu  mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihanMengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.


PENCERAHAN PENGGUNAAN ARAK DALAM MINYAK WANGI







No comments:

Post a Comment