Pages

DUA 2012 NAMA PENSYARAH : PN.MAZLINA BINTI OMAR

Saturday 26 March 2016

10 GOLONGAN DILAKNAT ALLAH


1) Pembuatnya
2) pengedarnya
3) peminumnya
4) pembawanya
5) pengirimnya
6) penuangnya
7) penjualnya
8) pemakan wang hasilnya
9) pembayarnya
10) dan juga pemesannya.                                                      (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi)


KEBURUKAN ARAK 


     Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
     Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
     Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.


BERDASARKAN KAJIAN

            Sepertimana kenyataan Profesor Dr. Yusof Qardhawi
            kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.




BALASAN MINUM ARAK

            Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang MahsyarPeluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka JahanamDi dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanyaKemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan merekaDi kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَرِبَالْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا ثُمَّ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا حُرِمَهَا فِي الْآخِرَةِ
Sabda Rasulullah SAW ;Sesiapa yang minum arak di dunia,dan dia tidak sempat bertaubat, ia diharamkan meminumnya di akhirat
 Hadis Sahih Riwayat Bukhari ,Muslim,an-Nasaie,Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Baihaqi.


شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ
Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ? Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga?Hadis Sahih Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi


No comments:

Post a Comment