10
GOLONGAN DILAKNAT ALLAH
1) Pembuatnya
2) pengedarnya
3) peminumnya
4) pembawanya
5) pengirimnya
6) penuangnya
7) penjualnya
8) pemakan
wang
hasilnya
9) pembayarnya
10) dan juga
pemesannya. (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi)
KEBURUKAN
ARAK
Apabila
seseorang
meminum
alkohol,
ia
terus
bertindak
ke
atas
sel-sel
otak
dengan
merangsang
otak
itu
sebelum
mengganggu
fungsinya
sehingga
menyebabkan
gangguan
kepada
penglihatan,
hilang
ingatan
dan
seumpamanya.
Pengambilan
2-3 gelas
alkohol
di dalam
masa
sejam
sudah
mencukupi
untuk
menjadikan
seseorang
tidak
stabil.
Ketagihan
arak memberi
kesan
negatif
kepada
diri,
keluarga
dan
masyarakat.
Di sudut
diri
ia
boleh
menyebabkan
sawan
dan
halusinasi
dan
pengambilannya
di dalam
jangka
masa
yang panjang
boleh
merosakkan
otak
untuk
selama-lamanya.
Di samping
itu,
ia
juga
boleh
menyebabkan
sakit
jantung, radang
paru-paru,
batuk
kering,
barah
mulut
dan
kerongkong,
radang,
kerosakan
dan
barah
hati
serta
melemahkan
sistem
pertahanan
badan.
BERDASARKAN
KAJIAN
Sepertimana
kenyataan
Profesor
Dr.
Yusof
Qardhawi,
kalau
diadakan
penyelidikan
secara
teliti
di rumah-rumah
sakit,
bahawa
kebanyakan
orang yang gila
dan
mendapat
gangguan
saraf
adalah
disebabkan
arak. Dan kebanyakan
orang yang bunuh
diri
ataupun
yang membunuh
kawannya
adalah
disebabkan
arak. Termasuk
juga
kebanyakan
orang yang mengadukan
dirinya
kerana
diliputi
oleh
suasana
kegelisahan,
orang yang membawa
dirinya
kepada
lembah
kerosakan
dan
menghabiskan
hak
miliknya,
adalah
disebabkan
oleh
arak.
BALASAN
MINUM ARAK
Mereka
yang minum
arak, akan
digantung
botol
arak itu
di tengkuk
dan
di tangan
mereka.
Kemudian
mereka
disula
dengan
api
neraka. Terdengarlah
suara
yang menyeru,"Inilah
si
polan
anak
si
polan!"
Tatkala
semua
manusia
dibangkitkan
dari
kubur,
mereka
keluar
dari
kubur
dengan
bau
mulut
yang teramat
busuk
(bau
arak), hingga
terganggu
manusia
yang berhimpun
di Padang Mahsyar. Peluh yang
keluar
dari
tubuh
turut
berbau
busuk.
Kemudian
mereka
dibelenggu
dan
dirantai
serta
dicampakkan
terus
ke
Neraka
Jahanam. Di dalam
neraka,
dituangkan
air yang sangat
panas
ke
dalam
mulut
mereka
sehingga
putus
tali
perut,
kemudian
perut
itu
jatuh
pula ke
atas
kaki. Mereka
kemudiannya
dimasukkan
ke
dalam
peti
besar
dari
api
selama
seribu
tahun
lamanya. Kemudian
dikeluarkan
dan
dimasukkan
ke
dalam
penjara
di neraka
di mana
ular-ular
dan
kala
yang bisa
sentiasa
menggigit
badan
mereka. Di kepala
mereka
diletakkan
mahkota
dari
api
neraka
manakala
rantai-rantai
di tengkuk
mereka.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَرِبَالْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا ثُمَّ لَمْ يَتُبْ
مِنْهَا حُرِمَهَا فِي الْآخِرَةِ
Sabda Rasulullah SAW ;Sesiapa yang minum arak di dunia,dan dia tidak sempat bertaubat, ia diharamkan meminumnya di akhirat
Hadis Sahih Riwayat Bukhari ,Muslim,an-Nasaie,Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Baihaqi.
شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ
لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ
Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ? Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga?. Hadis Sahih Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi